Sunday, January 9, 2011

Duhai cinta

Masa kunanti akhirnya tiba
Menatap wajah manja
Yang telah terkandung lebih 9 bulan purnama

Duhai cinta
Belaian jiwa
Banyak yang ingin ku cerita
Saat kelahiran ku sambut penuh kesyukuran
Kau berikan kebahagiaan
Kasih sayang tiada tandingan
Puteraku

Tidurlah manja, tidurlah nyawa
Ku dendang lagu untukmu
Ingin kutatap wajahmu hingga dewasa

Duhai cintaku
Diiringi doa-doaku
Sihat sentiasa
Agar dikau boleh berjasa
Hiaskanlah jiwa ragamu
Dengan kemuliaan sayangku
Setiap waktuku awasi dirimu
Agar kau selamat dalam dakapanku

Bila kau dewasa
Jadilah insan yang berguna
Duhai cintaku... oh puteraku

Thursday, January 6, 2011

orang yang..

orang yang berfikiran BESAR banyak memperkatakan ILMU..orang yang berfikiran SEDERHANA banyak memperkatakan PERISTIWA.. orang yang berfikiran RENDAH banyak memperkatakan MANUSIA..orang yang berfikiran CETEK banyak memperkatakan DIRI MEREKA

Wednesday, January 5, 2011

“..membuka pintu maaf yang setulus-tulusnya pada orang yang menyakitimu. Jika kamu masih merasa sakit hati padahal dia sudah minta maaf maka itu berarti kamu belum benar-benar memaafkannya. Salah satu ciri kita telah tulus memaafkan orang lain adalah jika kita tidak lagi terbelenggu oleh rasa sakit hati kita karena perbuatan orang lain itu. Memberi maaf itu mampu membuka belenggu2 sakit hati. Mampu menyingkirkan kebencian. Dan memaafkan adalah kekuatan yang sanggup menghancurkan rasa mementingkan diri sendiri! Ketika kita memberi maaf, itu tidak berarti kita lebih rendah atau kalah. Justru ketika kamu memberi maaf, kmu telah menang dan kedudukanmu lebih terhormat dibandingkan orang yang kmu beri maaf…”

Tanda2 seseorang terkena sihir:

1. Cepat marah walhal seseorang itu sebelumnya seorang yang sabar.
2. kerap terkejut pada mlm hari kemungkinan bermimpi terjatuh dari tempat yang tinggi,
atau mimpi di bawa trbg.. atau mimpi dikejar binatang buas.. atau mimpi di bawa ke suatu tmpt yang menakutkan atau mimpi memakan najis..
3. kerap rasa ingin menangis (tnpa sbb), rasa ingin mati.. tak ketahuan pada waktu maghrib
Cara mengelakkan sihir :
-baca dan hafal Surah Yunus.. ayat 81-82. Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata:
"Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan. apabila terasa tanda2 terkena sihir..
-baca ayat 81-82 surah Yunus, sedut nafas sehingga habis dan telan..
-baca surah Yunus ayay 81-82 tiup di dalam air shingga hbs nafas dan minum atau diberi minum.
-jgn berjalan2..rehat dan tidur kerana kesannya akan merasa panas akibat pertembungan ayat2 Allah dan sihir tersebut..
::baca dengan penuh keyakinan kerana kita yakin Allah bersama kita..
Setelah dilaknat, Iblis telah bersumpah untuk menggoda dan merosakkan manusia agar terkeluar dari jalan hidup yang Allah redhai.
Pengakuan Iblis ini diceritakan oleh Allah SWT dalam firmanNya,
“Kerana Engkau telah menghukum aku sesat, maka aku benar2 akan ( menghalang-halangi ) mereka ( manusia ) dari jalan Engkau yang lurus.
Kemudian aku akang mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka,
dan dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan m,endapati kebanyakan mereka bersyukur ( taat ).
( Al- A;raf : 16-17 )
Antare tnde2 owg yg kne sihir….
+ badan trase skit mcm dcucuk objek tajam spt : - pisau… - jarum… -lembing… + bermmpi mlihat makhluk y berwjah menakutkan…bdan berbulu…tinggi…warna itam… + kna keja…kna terkam…. + ble trjaga dr tdo….susa nk smbung tdo blik…. + mmpi anjing..harimau..ular..atau kucing warna itam…y cba gigit @ terkam… + mmpi brda dtempat yg mnakutkn… - dlm utan… - tnah lapang… - brda dtmpat yg tggi kmudian tjatuh…. + mmpi mlihat dri sndri dkapankn n dtnam dlm kbur… + mmpi mlihat myat…. + menangis dlm tido tnpe dsedari smpai trjage… + ad ksan lbam biru dipaha @ betis yg dtekan akn skit…. + trsa hjung kaki dsentap ktika tido…. Allah SWT bekalkn mnusia dgn al-Quran sbgai pnwar kpd pnyakit…
Fiman Allah SWT :
“ Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang2 yang beriman.”
( Al-Israk : 82 )
+ byak2la bca ayat Kursi sbb syaitan dan jin sgt tkut akn ayt Kursi ni…
Rasulullah bersabda,
“ Surah al-Baqarah padanya ada yang merupakan penghulu ayat-ayat al-Quran; ( yang ) tidaklah dibaca di rumah yang ada di situ syaitan melainkan syaitan tersebut akan keluar. Itulah ayat Kursi.”
( Riwayat an-Nasa’I dan Ibnu Hibban
daripada Hurairah r.a )
Sebab2 gangguan jin kpd mnusia
+ jauh drpda mntaati prntah Allah
+ di rumah trdpt alat2 muzik n lgu2 yg mlalaikn
+ berlama2 dlm blik air n tandas
+ menangis n merintih sblum tdo
+ mncurah air pnas kedalm lubang sinki atau lubang blik air
+ melompat dr tmpat tggi tnpa bce Bismillah
+ terlalu takut
+ slalu bertengkar dgn suami
+ cpat panas baran

cara pemakanan rasululullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
``````````````````````````
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.
Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.
Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.
Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Sama2lah kita mengamalkan

Tuesday, January 4, 2011

planning...aiman's 1st bday..

1st bday (25 Jan 2011)....waaahh aiman dah besar laaa...anak mama n baba sudah setahun...

macam-macam pengalaman dah kita hadapi bersama nak.. setahun bukan tempoh yang singkat..aiman sekarang semakin mengenal dunia..macam-macam dah input yang diperolehi dari orang sekeliling...ingat anakku ambillah yang baik-baik saja yaaa....yang xbaik tu buang jauh-jauh..

ofcoz sekarang aiman belum dapat membezakan antara yang baik dan buruk..tapi itulah doa dari mama dan baba...moga satu hari nanti aiman bijak membezakan mana yang patut diikuti dan mana yang mesti dijauhi..

setahun...
excitednya mama mo buat 1st bday aiman ni..
hehe..kalau diikutkan tuan punya badan blm tau apa2 pun...yg lebih2nya mamanya laaa..iya la..siapa x teruja..sudahlah 1st bday untuk 1st baby pulak tuuuu...

tapi yang pasti mama dan baba akan buat yang terbaekk punya untuk aiman 1st bday ni...InsyaAllah...
biar sederhana tapi bermakna...
luv u sayang...mama baba luv u...

Aku...

aku menulis apa yang ku mahu...aku mencatat apa yang ku tahu..aku memang pemalu tapi tidak dalam berkongsi ilmu..diamku bukan kerana aku buntu senyapku bukan hanya bersetuju aku perlu waktu menukar diri pada yang perlu... aku berkongsi apa yang terbungkam di hati  agar hidupku akan memberi erti..  andaiku pergi.. masih mengalir ilmu pada insani..