Wednesday, September 28, 2011

kek lumut 2

yang ni pun nampak mudah...selamat mencubaa..

Bahan A

1 sudu teh vanilla
16 ozs mentega Golden Churn/buttercup
1 1/2 gelas gula halus

Bahan B
10 biji telur
1 tin kecil kaya yeos
5 gelas tepung nestum
sebotol pasta pandan koepoe keopoe dari Jakarta (jika tidak ada boleh gunakan pasta pandan biasa)
1/2 tin susu pekat manis
1 gelas tepung almond (badam)
(jika tiada tepung almond juga boleh di tukar dengan horlicks)

Cara Membuatnya:

1. Pukul Bahan A hingga kembang - putih

2. Masukkan telur satu persatu di dalam adunan tadi sehingga habis.

3. Susu pekat manis,pukul lagi,

4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung nestum.

5. Akhir sekali masukkan kaya & pasta pandan.(Jika ada boleh masokkan browning sedikit untuk menampakkan seperti warna lumut)

6. Kukus selama 4jam di dalam loyang 8x8 & loyang di tutup dengan plastik,ikat di sekeliling dengan tali rafia,utk mengelakkan air dari masok.juga boleh gunakan aluminium foil.
Selamat Mencuba.

KEK LUMUT KUKUS

nyumm nyummm my fav neh..lebih2 lg makan sejuk2..

Bahan-bahan
250 g mentega
3/4 cawan gula halus
5 biji telur gred A1
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan nestum
1/2 cawan seri kaya
1 camca teh esen vanilla
Pewarna hijau

Cara Penyediaan
Panaskan kukusan, lenser loyang pembakar ( saya guna bulat 9 inci) dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak.
Satukan tepung, horlicks dan nestum, gaul rata. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga putih, tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, kacau rata.
Masukkan seri kaya dan susu pekat manis, putar lagi hingga rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan campuran tepung, horlicks dan nestum tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan pewarna hijau, kacau rata2 dan tuang dalam tin tadi. Tutup dengan aluminium foil dan kukus 2 1/2 jam hingga 3 jam.

Friday, September 16, 2011

Si Duka dan Si Tawa

DuKa
mengapa telaga bahagia sukar tuk ditimba
Tawa..
kerana penimba terlalu cetek dgn hujan kestian
Tawa
mengapa sungai kasih sayang tetap mengalir walaupun dicemari kekecewaan?
Duka...
kerana kasih sayang tak kan dikebumikan walaupun maut melamar..
Duka..
masih banyakkah lagi rumput kecurangan
yang masih bertapak ditanah setia?
Tawa.
selagi rumput kecurangan masih di simbah dgn
hujan hipokrit,hujan dendam ,hujan pembohongan dan ia ttp
akan subur di tanah setia..
Tawa..
andainya telah pupus puisi tawa adakah syair..
sendu akan begema?
DuKa....
Selagi ada senyum dalam tawa dan selagi ada ..
tangis dalam sendu maka puisi dan syair ..
akan berlagu ,akan medayu,akan merintih syadu..
SekIaN..........

Friday, September 9, 2011

sharing is caring~Tersedak Susu: Ketahui cara beri bantuan kecemasan

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.
Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.
Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

“Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

“Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

“Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

“Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia,” jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

“Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

“Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
“Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.
Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.
Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.
Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.
“Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.
“Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.
“Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.
Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.
“Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

“Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama,” katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.
“Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.
“Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi,” katanya.
Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.
Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.
Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.
Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.


Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:
> Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.
> Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.
> Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.
> Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.
> Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.
> Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.
> Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.
> Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.
> Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.
> Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.
> Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Wednesday, September 7, 2011

Hanya Dia yang memahami...

Life is wonderful with HIM ~ picture by =iNeddChemicalX of Deviant Art
Life is wonderful with HIM 
Kehidupan di dunia ini, tidak dapat tidak akan wujud dugaan-dugaan dan cabaran. Ibarat menongkah di tengah lautan, yang gelombangnya tidak dapat dijangka atau diteka.
Maka sebagai pelayar samudera yang penghujungnya tak terlihat ini,kita memerlukan bekalan semangat dan kekuatan untuk mengharungi badai cabaran dan dugaan.
Dan saya tidak nampak, apa motivasi yang terbaik dalam samudera kehidupan ini, selain merapat kepada Ilahi.
Pada saya, itulah dia motivasi kehidupan yang hakiki.
Tiada yang memahami, Dia ada
Ada manusia diuji dengan ujian mental. Dia buat baik, dia buat itu dan ini, tiada siapa pun mahu menghargainya. Dia senyum, orang tak balas balik senyumannya. Pendek kata, dia terasing sendiri dalam kehidupannya tanpa sesiapa memahaminya.
Dan kalau dia lakukan sedikit kesilapan, seluruh dunia mencacinya.
Jangan kata pada saya perkara ini tiada. Ada sahaja berlaku di mana-mana.
Tapi untuk manusia yang sebegini, sekiranya dia merapat kepada Ilahi, Ilahi sentiasa ada. Ilahi mendengar aduannya. Kalau dia membuka Al-Quran, Ilahi seakan berbicara dengannya secara terus. Dan janji-janji daripada Ilahi membuatkan dia kekal berusaha, kekal melakukan kebaikan, tanpa kisah akan penghargaan orang lain.
Padanya, nilaian manusia menjadi terlalu kecil, apabila dia melihat nilaian yang Ilahi ingin berikan.
Merapat kepada Ilahi, tertingkat kekuatan mentaliti. Sebab itu, orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT, tiada yang mengalami sakit mental. Pernah dengar ke sahabat Rasulullah, para tabi’in, da’ie-da’ie yang hebat kena sakit mental?
Walau diuji, walau diseksa, walau dibuang ke hujung dunia, walau seluruh alam tidak menerima mereka, mereka tetap hamba Allah yang utuh pemikiran dan jiwanya.
Kerna mereka sentiasa yakin, Dia itu ada, dan tidak pernah memungkiri janji-Nya. Ilahi memahami mereka. Tidak pernah bosan mendengar aduan mereka. Sentiasa memerhatikan, dan sentiasa mengira apa yang mereka lakukan..
Bukan senang mencari orang yang benar-benar memahami bila kau ditimpa masalah..saat kau memerlukan sokongan, dorongan sedikit ruang untuk menenteramkan diri..bukan omongan-omongan yang menambahkan lagi beban..walaupun mereka orang yang paling dekat denganmu yang kau harap dapat memahami..hakikatnya kau tetap bersendirian..hanya kepalamu seorang saja memikirkan setiap persoalan dan permasalahan..mereka hanya melahirkan rasa simpati..hanya di mulut..tetapi bersabarlah...kerana hanya DIA yang maha memahami..

Tuesday, September 6, 2011

Ingatan buat mu..

panduan Imam Al- Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh 

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita. 

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat. 


3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Cermin diri - membentuk keperibadian mulia.

wahai anakku..


Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah. - wasiat lukman al hakim



Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu. - wasiat lukman alhakim