Friday, February 25, 2011

sumber kekuatan..


Sekuat manapun cabaran..pahit manis, jatuh dan bangun..mama akan terus bertahan..kerana aiman adalah sumber kekuatan mama..
kehadiranmu penawar..walaupun..belum terbalas rasanya kesakitan yang dialami..bertarung antara hidup dan mati demi melahirkan zuriat sebagai pewaris dan sebagai tanda kasih..berat mata yang memandang berat lagi bahu yang menggalas..mereka hanya tumpang gembira semasa semuanya selamat...tapi bayangkan jika mama tertewas di tengah jalan?..apapun syukur pada Ilahi..semoga kesakitan ini akan menemui penawarnya satu hari nanti ketika aiman berjaya dalam bidang yang diceburi tanpa melupakan segala pengorbanan orang sekelilingmu dan berbakti pada orang tua..mereka yang tidak merasa tidak akan pernah tahu, kerana jika mereka tahu...(mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk dari Allah swt..)

JUJUR

Kejujuran merupakan resepi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak. Dengan berlaku jujur kamu akan lebih dihormati...

Nota persediaan untuk anakku~ satu hari nanti kau akan memerlukannya

Assalamualaikum wrt wbt
Buat anakanda yang disayangi, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang mama tulis buatmu
Anakku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah anakku, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memuji wanita lebih dariNya, kira dirinya masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnanya tak sempurna Nabi, kerana dia hanya manusia biasa, dan ketahuilah anakku, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai anakkuku...janganlah kau membanding-bandingkan dirinya dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kiranya dia jatuh cinta padamu, biarlah kerana dia jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya dia membenci dirimu, tidak bermakna dia membenci dirimu, tetapi dia membenci EGOmu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian..
cintai la dia kerana Allah yang maha Pencipta..

Lelaki yang sejati


EC

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...
Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...
Sabar itu iman...
Duit bukan kawan...
Dunia hanya pinjaman...
Mati tak berteman...

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...

Monday, February 21, 2011

~a baby~

"A baby will make love stronger, days shorter, nights longer, bank balance smaller, home happier, clothes dirty, the past forgotten, and the future worth living for."

Tuesday, February 15, 2011

my lil home sweet home

rumah impian la kononnya...InsyaAllah ada rezeki...panjanglah jodoh dengan rumah ni..sekarang ni dalam proses permohonan...pic ni ihsan dr mudah.com...hehe...hanya show room tp bley buat inspirasi mendeko nanti....





kecil tapi yang penting selesa untuk kami sekeluarga....

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul buat semua


Alangkah indahnya hidup ini,

Andai dapat ku tatap wajahmu,

Dan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..
Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dlm diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu..
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah

Saturday, February 12, 2011

Aiman bday!

Alhamdulillah..
Syukur..29hb Jan yang lalu..Majlis Ulang Tahun ke-1 tahun Aiman..semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak..terima kasih juga di atas kehadiran anda semua..anda memang best!! kepada yang bermurah hati membawa hadiah sekalung penghargaan kami berikan kepada anda..semoga rezeki anda semua bertambah luas..Amiin..kepada yang tidak dapat menghadirkan diri..jangan sedih-sedih panjang umur kita jumpa tahun hadapan...InsyaAllah..doa2kan rezeki kami anak beranak luas.. 

Happy Birthday Aiman Hebat!.wmv

DAR Amanah Foundation, Manila Philipines.

(Hehe...lamanya nda update blog aiman ni..belum ada masa n kerajinan...walaubagaimanapun..berbekalkan sedikit kekuatan yang ada...blog ini mesti update juga hr ni..)

20hb Jan - 24hb Jan 2011
KK-Clark Clark-KK

Lebih kurang 5 hari. Mama n Baba stay di Bandaraya Manila..bukan honeymoon ya..mama n baba ikut rombongan PEYATIM Kuala Lumpur sekali dengan Ybhg Datuk Pengarah JHEAINS dan juga KPP Dakwah JHEAINS. Misi PEYATIM kali ini adalah untuk mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim DAR Amanah Foundation Manila setelah mendapat jemputan daripada pengasas rumah ini Ingr Massoud dan Madam Mona . Rombongan kami dalam 30 orang termasuk kami yang dari Sabah seramai 5orang. Jadi terpaksalah..dengan hati yang berat..Aiman ditinggalkan dengan nenek di kampung...
Penerbangan ke lapangan Terbang Clark, Manila mengambil masa 1jam 50minit. Jauh juga rupanya..sesampai kami di sana kami disambut oleh Carmen dan Pemandu DAR Amanah. kami dibawa dari Lapangan terbang ke hotel penginapan kami di sana Heritage Hotel Manila sebuah hotel bertaraf 4bintang. Perjalanan kami dari lapangan terbang Clark ke bandaraya manila mengambil masa lebih kurang sejam lebih..ditambah lagi dengan kesesakan traffik ketika itu...rombongan kedua (kamilah tu..)sampai hotel hampir 8pm..
kami terus dibawa ke majlis makan malam..dan bertemu dengan rombongan Dato Tengku Mahmud Mansur dari Kuala Lumpur yang menanti kehadiran kami..(rombongan pertama tiba di sana dalam pukul 11pg lagi...) kami diberi tentatif perjalanan kami selama 5 hari disana..
Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..baik lagi negeri sendiri..
Sekali pandang, bandaraya Manila belum dapat menandingi ibunegara Malaysia sendiri..bahkan tidak salah rasanya mengatakan jauh lebih baik lagi Bandar KK sendiri..walaubagaimanapun, mereka tetap mempunyai tempat-tempat yang boleh dibanggakan terutama untuk kunjungan pelancong luar..
3 hari terawal, kami hanya dibawa melihat tempat-tempat menarik di sekitar Manila..termasuklah pusat-pusat membeli belah yang terpanjang di Asia World Of Asia, Fort Santiago, Ocean Park, Green Hills dan kawasan sekitarnya..kami juga berkesempatan menaiki jeepney kenderaan awam di bandar ini..hehe best jugalah..
Menyentuh bab makan....ni la masalah paling besar bagi rombongan ni..maklumlah majoriti penduduk sana adalah tidak Islam..maka amat susah mencari makanan halal..kalau ada pun restoran2 arab yang menyajikan makanan2 arab ja...kalau makan rasa mcam bkn di manila...rasa tgh melancong di negara arab pula...hehe
Mama dan baba xbanyak shopping pun...maklumlah bawa dalam RM1500 ja..itupun nyaris-nyaris xdapat tukar duit bila mesin di airport rosak terpaksalah baba lari nek teksi p cari mesin ATM sekejap..jadi bila tukar pada matawang filipin lebih kurang Peso 20,000.00 jugalah...hehe mcm org kaya ja bunyinya kan...maka....hoho
Kami belilah ala kadar ja....
yang banyak...barang aiman juga...hehehe apa tidaknya rambangnya mata tgk pakaian budak2 di sana...rupanya baju yang mama beli online selalu untuk aiman..yg harga RM25/30 selama ni di sana baru 100peso (RM7++) aiyaaa....apalagi dengan gumbiranya baju aiman jgalah yang menang..haha..
Babamu jangan cerita...memborong baju T-shirt Adidas n Nike nya la...apalagi..hehe
Sehari sebelum balik..barulah kami dibawa ke DAR Amanah..
Ianya terletak jauh dari tempat penginapan kami...Tagaytay sebuah tempat yang tinggi di kawasan dan sejuk..(tp xjugalah dapat kalahkan kawasan tinggi n sejuk RAY Tambunan) kawasannya adalah kawasan perkampungan..majoriti Non-Muslim. Sesampai kami di sana kami disambut mesra oleh barisan anak-anak yang belajar di DAR Amanah..setiap seorang dari kami menerima sekuntum bunga Ros.
Bila melihat anak-anak yatim yang masih kecil menyambut kehadiran kami..sebak juga la rasa hati...yalah..kerana kita tahu nasib mereka...masih kecil dan telah kehilangan ibubapa..kami diberi taklimat ringkas mengenai DAR Amanah kemudian kami dibawa melawat sekeliling kawasan tersebut sebelum kami dihidangkan persembahan dari anak-anak yang ada di sana..bagi pandangan peribadi, DAR Amanah tidaklah daif seperti yang didengar sebelum  ini..nyata mereka mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai hasil pertanian mereka sendiri. Cuma mungkin mereka kekurangan dari segi tenaga pekerja yang beragama Islam kerana kebanyakkan pekerja yang bekerja di sana adalah non-muslim. (sebenarnya pada mulanya kami sendiri pun keliru dengan pekerja yang kami sangkakan muslim tetapi sebenarnya bukan islam ini kerana mereka berpakaian mirip orang islam..dimana mereka disuruh bertudung dan menutup aurat dan bercakap seperti orang Islam..) pelik tapi benar..
masa kami di sana...rindunya kami sama aiman..mo buat video call wifi 500peso sejam...baik xpayah...baba beli simkad sana supaya murah sikit kol aiman...berkorban la sikit...hehe..eeeiii xsabarnya mau balik..malam sebelum balik, kami dijemput makan malam di rumah kedutaan malaysia Datuk seri Dr. Ibrahim Saad.
24hb flight ke KK pada jam 4.30pm.
Sepanjang 5hari di sana pelbagai pengalaman yang diperolehi..
diharap dapat diadaptasi untuk memperbaiki mutu kerja masing-masing selepas ini.