Saturday, August 27, 2011

untukmu....

⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫ ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•.¸✿
* _Π_____* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ
/______/~\ ˚ SeLamat Hari Raya AdiLfitri""Maaf Zahir BaTin ✰* ★
| 田田 |門| ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

Friday, August 26, 2011

♥♫♥♫♥♥♫♥Tips menjaga hati ISTERI ♥♫♥♫♥♥♫♥


1. Masa dia ngamuk baling brg cuba awak sambut.. Ni la masanya awak tunjuk kepantasan jadi gol keper mcm KHAIRUL FAHMI

2. Masa dia mula jerit-jerit awak nyanyi kuat-kuat.. Ni la masanya awak tunjuk sore awak sehebat BLACK (Mentor)


3 .Masa dia tengok cam nak telan, awak smile je ngok dia! Baru dia nampak kecomelan awak

4. Masa dia nak lari dari rumah, Tolong kemaskan brg dia sama-sama.. Ni la masanya awak tunjuk betapa rajinnya awak :loveliness

5. Masa dia cry cos sakit hati , awak gelak kuat-kuat terguling-guling. Ni la bukti awak usaha buat dia hppy time dia sedang berduka...

* Selamat mencuba* by puteri salju FB


hehehe...ada yang berani???

Thursday, August 25, 2011

RAYA..

Tahun 2009...
mama n baba beraya berdua..

Tahun 2010..
Beraya bertiga..

Tahun 2011 nie..
Kita beraya berempat..
pic akan upload kemudian k...hehe


tarraaaaa....Alhamdulillah..syukur ya Allah..













Wednesday, August 24, 2011



So you ask... Do I work? Uh yes, I work 24 hours a day. Why? Because I am a Mum! That makes me an alarm clock, a cook, a maid, a waitress, a teacher, a nanny, a nurse, a handyman, a security officer, a photographer, a counselor, a chauffeur, a lifelong student, an event planner, a personal assistant, an ATM, & a comforter. I don't get holidays, sick pay or days off. I work through the DAY & NIGHT. I am on call at ALL hours for the rest of my life. Post if you are a PROUD MOM!!!
l

My Baba..


Untuk Baba, datangkanlah aku sejuta ayah sekalipun, takkan sama dengan Baba.. berikanlah aku sejuta tahun sekalipun, takkan dapat balas semua jasa Baba.. 
Luv u Baba..




Saturday, August 20, 2011

PUISI- kasih seorang AYAH & SUAMI


KALAU BOLEH KUTAUTKAN SEBUAH TALI
BERNAMA NYAWA..
MEMANG SUDAH LAMA KUSIMPUL MATI IA
KERANA AKU TAK MAHU KEHILANGAN KAMU
DAN KAMU KEHILANGANKU

KALAU BOLEH KUSIMPAN SEBUAH UDARA 
BERNAMA NAFAS..
MEMANG SUDAH LAMA KUSIMPANKANNYA
AGAR AKU TAK KEHABISAN NAFAS
DALAM MENYEDUT UDARA KASIH
YANG MASIH KEPANASAN
DAN MASIH KUDAHAGAKAN

JIKA DIIZINKAN AKU AKAN BISIKKAN
KATA-KATA MANIS DITELINGA KALIAN
JIKA KU PUNYAI PUISI NAN INDAH
AKAN KUSYAIRKAN

ANAK DAN ISTERIKU..
TERLALU TINGGI PENGORBANANKU..
TERLALU TEGUH HATIKU..
TERLALU DALAM CINTA DAN SAYANG KU..
AGAR KAMU TAK MERASA KESEPIAN
TAK MERASA DISISIHKAN 
KU MENYAYANGI KALIAN
LEBIH DARI APA YANG KALIAN BAYANGKAN
KASIH DAN SAYANGKU HINGGA PENGHUJUNG KEHIDUPAN




Friday, August 19, 2011

WASIAT BUAT ANAKKU

ANAKKU,
Tiba masanya nanti kami akan meninggalkan kamu,
Mungkin di saat kamu masih memerlukan kata-kata semangat dari kami, 
Di saat kamu memerlukan sokongan dari kami,
Kami hilang tidak mungkin akan kembali lagi.....

ANAKKU,
Seandainya kami telah pergi,
Bermacam-macam dugaan yang pasti kamu hadapi,
Bermacam halangan yang harus kamu tempuhi,
Kamu harus kuat menghadapi semua itu..

ANAKKU,
Bersatulah kamu sebagai adik beradik,
Jangan bermusuh sesama sendiri,
Hanya kamu penerus warisan kami,
Jangan terus diratapi kami yang telah pergi,


ANAKKU AIMAN,
Kau adalah abang pada adik-adikmu, 
Kaulah ketua keluarga baba dan mama amanahkan,
Jaga adikmu nak.. 
Adikmu perlu pada bimbinganmu nanti...

ANAKKU,
Kami mengharap doa kalian,
Doa anak-anak yang soleh dan solehah,
Jangan kami dilupa bila kami sudah tiada,
Kamulah waris baba dan mama..

ANAKKU,
Setiap pesan dan nasihat ingati selalu,
Ilmu dan akhlak biar seiring,
Ketahuilah walaupun kami sudah tiada,
Tapi semangat kami tetap bersama kalian.....

Ingat anak-anakku..


Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

buat anak-anakku

 Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Hati Seorang Wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Suami disaran contohi sifat romantis Rasulullah layan isteri


RASULULLAH SAW adalah gedung segala sifat kesempurnaan yang tiada tandingan. Allah membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Surah al-Qalam, ayat 4)
Sifat sempurna itulah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW, hati mereka mencintai Baginda, bahkan berapa ramai yang dulunya bersikap keras berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak serta budi Nabi SAW.
Sukarnya menggambarkan kemuliaan akhlak dimiliki Baginda, Saidatina Aisyah menisbahkan keperibadian Rasulullah SAW dengan kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang dan pemimpin tertinggi umat Islam, baginda dipenuhi nilai kasih sayang dan romantis dengan isteri-isterinya. Namun, sunnah ini seakan dilupakan suami masa kini yang sering menggambarkan diri mereka pemegang kuasa keluarga, perlu sentiasa kelihatan bengis dan egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas rasa tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah sedang menghayati novel cinta romantik.
Diceritakan, Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan Aisyah berkata: “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.”
Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir menunjukkan ia satu sunnah terutama selepas melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa dibebani tugas, kita masih boleh mengambil sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Contohnya, menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti dilakukan Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehingga Nabi SAW berkata:
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” (Hadis Bukhari dan Muslim)
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan:
“Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian Baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri Baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dulu. Apabila waktu cuti hujung minggu atau malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukan sekadar tips dari seorang pakar motivasi tetapi sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya.
Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim:
“Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Rasulullah juga membawa Aisyah makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah tidak diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disaran suami menyuap makanan ke mulut isterinya. Seperti dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”
Malangnya, romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya.
Tetapi jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ia dihalalkan.

Pengorbanan Seorang Isteri


Sanggup berpindah dari naungan keluarga sendiri dan kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing, bukanlah satu perkara yang mudah. Walaupun lelaki itu telah dikenalnya tapi si lelaki tetap masih orang asing dalam kehidupannya.

Kini dia menyerahkan maruah dan kehormatannya kepada lelaki itu yang mungkin akan menjadi satu-satunya teman hidupnya sampai bila-bila. Ini dikira satu pengorbanan. Mungkin boleh dikatakan, inilah pengorbanan pertama yang dilakukan oleh seorang wanita bila bergelar isteri.
Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas itu menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.
Waktu merelakan dirinya diambil sebagai isteri, dia telah menggadai diri dan kebebasannya untuk hidup bersama suami. Tidak ada lagi kehidupan yang agak merdeka di bawah kawalan ibu bapa. Tidak lagi bebas mengisi masa bersama teman-teman. Atau memenuhi pelbagai aktiviti dan mengejar cita-cita peribadi. Semua itu tidak dapat dikecapi lagi. Dia kini sudah terikat dengan tanggungjawab kepada suami.
Kemudian isteri akan menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.
Ada isteri yang menyimpan rahsia kesusahan hidupnya dari pengetahuan keluarga. Demi menjaga maruah suami, seboleh mungkin dia akan cuba menutup kesusahan hidupnya bersama suami. Dia tidak mahu kaum keluarganya memandang rendah pada suaminya. Lebih-lebih lagi kalau kaum keluarga si isteri lebih berdarjat dari suami. Menjaga rahsia rumah tangga dan aib suami menjadi perjuangan dalam hidupnya. Hingga dia sanggup berkorban kerananya.
Kalaupun kehidupannya selepas berkahwin diliputi kesenangan, pasti ada waktu-waktunya isteri perlu dan harus berkorban. Si isteri sendiri mungkin tidak merasakannya sebagai satu pengorbanan kerana dia gembira melakukannya demi suami. Contoh paling mudah, isteri selalunya akan mendahulukan suami dan anak-anak lebih dari dirinya. Apa yang suami dan anak-anak teringin hendak makan misalnya, dia sanggup sediakan. Tidak mengapa kalau masakan itu bukan kegemarannya sendiri. Citarasa suami lebih penting dari citarasanya sendiri.
Isteri juga selalunya mendahulukan ibu bapa dan keluarga suami. Kerana baginya, memuliakan keluarga suami sama seperti memuliakan suami juga.
Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri. Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap ˜alah bisa tegal biasa'. Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.
Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.
Menjelang bergelar ibu, seorang isteri akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Memang kadang-kadang rasa agak tidak selesa dengan perut yang membesar.
Suami yang memandang pun rasa 'rimas' melihat pergerakan isteri yang terbatas, inikan pula isteri yang menanggungnya. Namun, rasa tidak selesa itu hilang bila timbul bayangan cahaya mata yang bakal ditimang. Isteri sanggup melalui detik ujian dan cabaran sewaktu mengandung demi kasih pada suami dan anak dalam kandungan.
Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.
Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri ini adalah hakikatnya untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.
Tidak ada isteri yang merungut kenapa dia harus menanggung sakit bersalin dan berpantang lepas bersalin. Sebaliknya isteri boleh senyum selepas mengalami kesakitan yang tak tertanggung sewaktu bersalin. Selepas berhempas-pulas bersabung nyawa di meja bersalin, beberapa minit kemudian dia boleh melemparkan senyum puas bila menatap wajah suami dan wajah anak yang masih merah. Bukan cerita sakit bersalin yang diluahkan pada suami, tapi cerita gembira menimang cahaya mata.
Walaupun isteri tahu sakitnya bersalin, tapi setiap kali mengandungkan anak suami, si isteri tidak pernah meluahkan rasa takut dan ngeri untuk bersalin lagi. Kalau ada suami yang pernah menemani isteri di meja bersalin dan melihat penanggungan isterinya sewaktu meneran anak, dia akan tahu beratnya sakit yang ditanggung waktu itu. Memang isteri terpaksa berhempas-pulas. Mungkin suami tidak akan sanggup melihat isteri menanggung sakit seperti itu lagi, tapi si isteri tetap bersedia mengharungi kesakitan yang sama.
Demi kegembiraan bersama memperolehi cahaya mata, soal sakit dilupa-lupakannya. Pengorbanan isteri ini, jika difahami oleh suami, pasti akan sangat dihargai. Melihat wajah anak-anak, terbayang keperitan yang dialami isteri waktu mengandung dan melahirkannya dulu.
Selepas melahirkan anak, isteri harus berkorban pula membesarkan si kecil. Menyusukannya tidak kira waktu, membersihkan najisnya, memandikannya, menyuapnya ketika sudah boleh makan, menadah telinga mendengar tangisannya bila si kecil meragam. Kemudian memenuhi tanggungjawab mendidiknya dan berdepan dengan segala kerenahnya. Belum pun anak itu cukup besar, isteri mengandung lagi dan melahirkan si adik pula.
Terpaksa pula memberi perhatian dan jagaan pada si bayi di samping meneruskan proses jagaan dan didikan kepada si abang atau si kakak. Sebahagian besar keperluan anak-anak ini, isterilah yang membereskannya. Isteri benar-benar menjadi tangan kanan suami untuk memelihara dan mendidik setiap orang anak yang lahir dari zuriat suami.
Semakin bertambah anak, semakin bertambah pula tanggungjawab isteri. Semakin banyak kerja perlu dibuat. Namun isteri masih orang yang sama, dengan kudrat fizikal dan kemampuan yang dulu. Di samping harus meneruskan layanan kepada suami dan kerja-kerja pengurusan rumah tangga yang sentiasa ada dan bertambah.
Jarang sekali ada isteri menuntut bayaran dari suami bagi kerja-kerja ˜lebih masa' yang dibuatnya. Lebih-lebih lagi untuk menuntut gaji. Kalau suami faham dan tahu menghargainya, alhamdulillah. Kalau suami mahu sama-sama ringankan tangan untuk membantu, syukur. Kalau suami sekali-sekala mahu memberi penghargaan dalam bentuk material atau hadiah, itu dikira sudah cukup baik. Paling tidak, penghargaan dalam bentuk kata-kata, sikap dan belaian mesra pun amat tinggi harganya.
Namun, kalaupun suami tidak faham, tidak prihatin dan tidak mahu menunjukkan penghargaan serta pengiktirafan, isteri akan tetap melakukan kerja-kerja menguruskan rumah tangga.
Lebih berat tanggungjawab dan penanggungan isteri bila dia juga keluar bekerja. Di luar rumah, dia berkorban tenaga membantu suami mencukupkan sara hidup keluarga. Di rumah, dia meneruskan ˜kerjaya' sebagai isteri, ibu dan suri rumah. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan berdepan dengan lebih banyak kerja untuk dibereskan. Balik ke rumah, dia sanggup korbankan masa rehatnya untuk menyambung kerja yang tertangguh. Layan suami, layan anak-anak, sediakan makan minum, basuh pakaian, berkemas rumah, seterika baju dan banyak lagi.
Paling ketara bila isteri pulang kerja bersama suami. Balik ke rumah, isteri selalunya bersedia untuk layan diri bagi apa-apa keperluannya sendiri. Namun untuk suami, dia sanggup beri layanan istimewa. Kalau suami dilihat kepenatan, isteri sanggup melupakan kepenatannya sendiri untuk memenuhi keperluan suami. Paling tidak, terus ke dapur untuk menghidang air pelepas dahaga suami. Mengorbankan kerehatannya sendiri demi mendahulukan keperluan dan keselesaan suami.
Memang ada isteri yang merungut. Memang ada isteri yang membebel dan mengungkit. Memang ada isteri yang meluahkan rasa sakit hati bila melihat suami rehat-rehat ketika si isteri sibuk melakukan ops dapur, ops bilik air, ops bilik tidur, ops halaman dan pelbagai ˜ops' lagi. Sebab bukan semua suami yang mahu berkongsi melakukan kerja-kerja di rumah. Bukan semua suami bersikap ˜sporting' dan tahu menghargai susah payah isteri.
Tetapi dalam merungut dan membebel itu pun, segala kerja tetap dibuatnya. Suami hanya perlu sabar sedikit sambil menadah telinga mendengar bebelan isteri. Dalam waktu yang sama, kalau suami hendak makan, ada juadah tersedia. Hendak pakai baju, pakaian siap berbasuh. Hendak bermain-main dengan anak kecil, kencing berak anak sudah dicuci.
Kalaupun ada isteri yang menjeruk rasa kerana suami semacam tidak hargai segala khidmat baktinya, namun jarang ada isteri yang sanggup ˜mogok' dari tugas sebagai isteri, ibu dan suri rumah.
Dia mengharap sedikit tanda berterima kasih dari suami tetapi tidak sanggup meluahkannya dengan kata-kata. Hanya gerak-geri atau ˜bahasa badannya' saja yang berbicara. Kalau suami faham, fahamlah. Jika tidak, isteri selalunya akan hanya memendam perasaan. Hatinya mengharap dan meminta tanpa kata-kata. Atau dia akan meluahkan rasa di atas kertas. Bila suami dilihat langsung tidak menghargai, waktu itu mungkin coretan di kertas mengganti lidah berbicara.
Berat macam mana pun kerja yang dibuatnya, isteri akan rasa puas dapat melakukannya. Dia buat kerja dengan rasa gembira. Tugas dan kerja yang nampak berat bagi suami dapat dibereskan oleh isteri dengan agak mudah dan ringan. Walaupun tika usia telah senja dan si isteri telah menjadi nenek, dia masih isteri yang dulu. Isteri yang akan sentiasa mengutamakan dan melebihkan suami.
Ini satu kelebihan wanita. Allah jadikan fitrahnya dari segi fizikal dan kehalusan perasaan, mampu menanggung segala macam tugas dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Lebih-lebih lagi kalau isteri dapat rasakan apa yang dibuatnya itu akan membahagiakan suami dan mengganjarkan pahala dari Allah. Di situ dia mendapat motivasi dan lebih bersemangat untuk buat bermacam-macam kerja.
Suami yang faham akan menambah motivasi untuk isteri melalui ucapan terima kasih, kata-kata pujian, belaian, kasih sayang, sikap prihatin, turut membantu dan sekali-sekala memberinya hadiah. Segala penat, segala lelah dan segala penanggungan akan hilang bila semua itu suami hargai.
Rasanya tidak mungkin untuk menyenaraikan satu persatu susah payah dan pengorbanan isteri. Bentuk-bentuk pengorbanan pun tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi cukuplah dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri umumnya menanggung (suffer) banyak perkara. Isteri sanggup berkorban kerana dia rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.
Tapi sedih bila suami balik ke rumah dan isteri mengadu penat atau letih suami boleh cakap.."apa sajalah yang dibuat...org lg penat kerja yang dia tu dirumah relax saja..." dan isteri hanya mampu diam..kerana hanya Allah yang tahu segalanya..

Sekiranya kita sekarang adalah seorang isteri....maka kita adalah seorang ibu....


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh  menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."  

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"   

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnyaSolat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?