Wednesday, September 5, 2012

untuk dia..(suamiku)


kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu..
Namun cabaran terlalu..
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami! Maafkan aku..

Monday, January 9, 2012

Kini kami tidak punya ATUK...

17 Disember 2011

8.00am :
Aiman dan Auni dah bangun....yea yea hari ni..kami mo ambil baba di Grand Borneo One B..baba habis bengkel arini..awal pagi lagi Aiman bersama bantal busuknya keluar dari bilik..Atuk tengah main game zombie mcm biasa aktiviti rutin selepas menghafal..Aiman duduk atas pangkuan atuk.."aiiii cucu atuk sudah bangun.." Aiman menyandarkan diri pada badan atuk.."jd jam brapa kita bertolak?" Atuk tanya mama sambil matanya tetap pada skrin komputer..."awal la kita jalan pak..boleh bawa dorang Aiman pi jalan-jalan dulu..." jawab mama sambil packing barang..mama cakap malam ni kami tidur KK esok pagi baba ada tournamen bowling di CP..Nenek pun sibuk masa tu bersiap mo pergi jemputan kenduri kahwin..biasalah minggu-minggu ada orang kahwin.."ba..yalah.." atuk menjawab..pastu mama suruh Aiman dan Auni mandi dan bersiap..

9.30am
Atuk pun bersiap..wah atuk smart hari ni siap tough in baju lagi..Atuk, Mama, Aiman, Auni, Acik Fitri, Acik BB, Acik Adik, Acik Ika & Acik Sikin nek myvi bersiap untuk bertolak..waaahh ramainya sampai atuk tegur "mo pegi mana kamu ramai-ramai ni?" "hehe..tido KK kami mlm ni pak..baba Aiman esok ada tournament bowling awal pagi.." jawab mama "tido kk rupanya kamu ni...gagah cucu atuk ni tau..."atuk membalas sambil tersenyum..
Kereta yang padat meluncur laju...
"kami turun di terminal pak.." Acik Adik bagitau Atuk.."kenapa?" Atuk bertanya kehairanan "Xpalah pak, aku sama Ika naik bas pastu tunggu dorang Aiman di KK ja..sempit ni.." Acik Adik bagitau Atuk " Ooo ba yalah..apa xsempit Acik BB ja ambil ruang untuk dua orang" hehehe
Selepas menurunkan Acik Adik dan Acik Ika di terminal papar, perjalanan kami diteruskan sambil diiringi lagu Barney Aiman...atuk banyak diam..mungkin tengah kosentret pemanduan beliau..
kadang-kadang atuk tegur Aiman yang x pandai diam..."Aiman..aiman xlah atuk tau ko ni...tengok Auni tu diam-diam ja..." apa tidak sekejap Aiman di depan sekejap Aiman dibelakang...
"Na..." Tiba-tiba atuk bersuara..."kalau bapa belum dapat duit..bayar dulu penapis air yang bapa pasang tua aa.." "iya pak...janganlah bapa risau tu aku ja la yang bayar.." mama jawab....Atuk senyum

11.00 am
Kami tiba di putrajaya..."pak kita p UMS dulu..mo bawa aiman tgk akuarium.."
Atuk ikut ja jalan yang mama tunjuk...dan kami pun sampai ke destinasi...Aiman dan Auni dapat tengok 'fish'....yesss..
Aiman dan Atuk jalan berdua..waahh 1st time masuk sebenarnya walaupun tidak sehebat water world masa mama n baba pegi di Manila hari tu tapi boleh la...ikan pun besarrr..
kagum Aiman sampai xsedar jam sudah mau jam 12 tengah hari..
penat berjalan kami cari Atuk..tapi Atuk tiada..
Mana Atuk? kami pusing satu akuarium tapi atuk tidak kami temui..."mungkin atuk diluar" kami pun keluar..tapi atuk tiada sehinggalah kami pergi ke tempat parking kereta...kereta pun tiada....???? rupanya atuk ambil kereta mo ambil kami di bawah...tapi kami terlanjur naik ke tempat parking....bila atuk datang balik kami hanya tersengih....ngeeee sebab kami tau memang atuk akan cakap " adeeeiiii...atuk pegi sana kamu naik la pula..."

11.55am kami keluar dari UMS
12.00pm "belum lagi kali baba Aiman ni abis pak....bagus kita pi minum dulu..." "bah..." Atuk menjawab sambil menuju ke Alam mesra...betul-betul 12.05pm kami parking di depan Restoran Sinario..hp mama bunyi...lepas menjawab..mama bagitau yang baba sudah habis dan tengah tunggu di depan hotel...kami pusing balik...
Lepas ambil baba...atuk tukar sama baba..baba yang driving..Aiman duduk sama Atuk..bila ada kesempatan duduk dengan Atuk masa ni la best ambil kesempatan minta tawar sama atuk..Aiman bagi kaki sama Atuk...kalau biasa atuk tiup-tiup ja..tapi hari ni atuk baca doa untuk menyembuh sakit seperti yang dipelajarinya semasa mengikuti kelas Dato' Harun Din..
Kami check in di Tang Dynasty..di sana penat sudah menunggu Acik Adik dan Acik Ika yang lebih dulu sampai...Atuk ikut kami..rehat-rehat sekejap di hotel sebelum balik ke Papar..
Kami makan tengahari bersama atuk..atuk cakap lepas ni dia mau jalan ada janji sama kawan..mo beli pokok gaharu..

2.30pm
Atuk balik ke Papar..tapi masa tu atuk sempat lagi gurau-gurau mo bawa acik Fitri balik Papar...Aiman babai Atuk...
tidak lama kemudian atuk kol mama...dia cakap kereta wira yang dibawanya balik panas..jarum sudah dekat H....mama risau..tapi atuk cakap dia rehat di putatan sambil isi air...

4.00pm
Mama kol atuk tanya dia di mana...masa tu atuk cakap atuk sudah sampai papar...lega sikit hati mama...atuk cakap dia rehat di papar sekejap kasi sejuk enjin...
selepas itu kami buat aktiviti di hotel...baba training bowling..kami semua jalan-jalan di wawasan plaza...bila baba balik baba cakap hatinya x sedap...mama pun sama...macam ada yang x kena..tapi kami abaikan saja..malam tu kami semua pegi ke Tanjung Aru bawa aiman tengok 'konsert air'
sekejap ja...xlama kemudian kami balik ke hotel..

8.30pm
Nenek kol...nenek bagitau atuk sakit..
baba sama mama berpandangan "balik kita.."
Acik Eyoi hantar kami balik Papar..oleh kerana hanya ada satu kereta yang lain tinggal dulu di KK..yang balik hanya baba, mama, aiman dan auni..

9.30pm
kami tiba di hospital papar
di sana ramai orang yang ada...adik beradik atuk, anak buah atuk, jiran, orang yang selalu atuk ubat pun ada..
nenek nangis..nenek bagitau atuk x sakit..lepas sampai rumah atuk rehat sekejap lepas tu mandi...lepas maghrib ada orang datang berubat dengan atuk...atuk sempat mengubat...bila orang tu balik, atuk muntah...atuk cakap sakit perut..badan atuk berpeluh sejuk...dan atuk terus dibawa ke hospital papar
11.00pm
Setelah berusaha sedayanya...doktor yang merawat atuk keluar..
memberitakan bahawa atuk tidak dapat diselamatkan...hanya linangan airmata di pipi setiap insan yang berada di perkarangan hospital yang dari tadi menunggu berita dengan sabar...tapi atuk tetap pergi...perginya yang takkan kembali..perginya yang sukar dipercayai kerana baru tadi dia bersama...tapi inilah takdirnya, masanya telah tiba..dan kami redha atas pemergiannya..walaupun kini hari-hari yang kami lalui seolah dia masih bersama..Ya Allah...tempatkanlah atuk di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..walaupun hanya sebentar cuma dan belum puas merasa kasih sayang seorang atuk..kenangan kami (Aiman dan Auni) sebagai cucunya akan kami semat dalam lipatan memori kami... Al-Fatihah