Thursday, April 14, 2011

Bersabarlah wahai hati,tabahlah wahai jiwa...

bismillahirrahmaanirrahim....

“ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).

Wednesday, April 13, 2011

Jangan cuba...

Jangan cuba untuk mengatakan yang kau faham bebanan yang ditanggung seseorang tu kalau kau sendiri tak mengalaminya.

Jangan cuba untuk kata, "alah... masalah kecik je. tu pon nak kecoh." kau tak mengalaminya, kau tak berada ditempatnya, kau takkan pernah faham. Mungkin bagi kau itu kecik, tapi bagi orang lain, itu masalah besar.

Saat Kepercayaanku Diuji

Mungkin kali ini aku hanya ingin lebih santai berbicara. Tentang sesuatu yang aku kira amat berkait rapat tentang kehidupan. Sejujurnya, aku jadi kagum apabila melihat, betapa umat islam berpegang teguh pada kepercayaan yang mereka anuti. Mungkin setelah jatuh~ kabur apabila melihat. Hati aku terdetik untuk berkongsi. Tentang percaya~

Bagiku kepercayaan itu suatu yang rapuh. Dihubungkan diantara dua perkara. Dan jika salah satunya memungkiri, maka hancurlah kepercayaan itu.
Seperti itu juga kepercayaan kepada Tuhan. Jika kepercayaan kepada Tuhan itu dimungkiri, maka runtuhlah keimanan.

Baru-baru ini aku dilanda musibah yang bagiku amat berat untuk aku hadapi. Aku jadi buntu. Hilang arah. Seolah-olah tidak melihat harapan dan sinar.
Sering kita dengar, bahawa Allah bersama kita. Tetapi entah kenapa, hati ini pernah meragui.

Aku ada satu kisah yang ingin dikongsi. Tentang kisah hidup sendiri yang ingin dihapuskan. Dilenyapkan tanpa sebarang kesan. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada yang membaca.

Pernah satu ketika aku diuji dengan ujian. Dan ketika itu aku terduduk, menangis, terjatuh. Aku meminta kepada Tuhan semoga diberikan aku kekuatan. Semoga dihadirkan seseorang sebagai penguat semangatku. Sebagai penguat diri ketika aku lemah. Tetapi seolah-olah permintaanku tidak didengari.

Aku merintih~
Aku merayu~
Air mataku hanya tumpah dan tumpah~
Tidak terungkap dengan kata~

Aku fikir, aku kuat. Tapi entah kenapa, aku tidak merasakan sinar. Aku mula mempersoalkan semua perkara.
Tentang penyayangNya Tuhan kepada hambaNya.
Tentang sifat-sifatNya kepada hambaNya.
Aku terbaring lesu.

Hanya memikirkan,
“Di Manakah Tuhanku ketika aku benar memerlukanNya?”
“Di manakah Dia ketika aku menginginkan bantuan Nya?”

Sehingga aku putus dari berharap.
Sehingga aku tuli dari mendengar~
Sehingga aku buta melihat cahaya~

Dan disejadah itu aku terbaring lesu. Lesu sekali. Sepatutnya sepertiga malam itu dihabiskan dengan pengaduan, tetapi bahkan aku menghabiskannya dengan persoalan.

Saat itu kepercayaanku benar diuji~
Iman ku benar goyah dengan fitnah kehidupan~
Harapanku hancur berkecai~
Aku tewas dengan dunia yang sepatutnya sebagai ujian~

Seharian aku tidak tenteram. Kerja ku tidak tenang seperti biasanya. Aku bahkan muram. Aku masih berharap. Tetapi aku menafikan harapan. Seolah-olah mengharap rajukku didengari Tuhan. Entah kenapa selesai Maghrib itu aku termangu lama di sejadah. Hati aku sedih sekali. Aku masih mengharapkan Tuhan. Aku masih mengharapkan Dia.

Ya~ Dia yang sebenar-benar Tuhan.

Aku jadi menangis. Perlahan dan semakin deras. Ke mana semua kepercayaan yang telah aku pelajari? Kenapa harus lemah begini. Kenapa seolah-olah tidak melihat cahaya dihadapan? Kenapa harus meragukan Dia yang mencipta diri?

Perlahan~ terlintas dialog aku bersama seorang teman usrah.

“Kau kena faham iman, Allah tidak bersifat makhluk. Jika engkau meminta pada makhluk, kau pasti akan dapat apa yang kau minta. Tetapi Allah tidak sama seperti Makhluk. Jangan samakan Dia dengan Makhluk. Allah akan tunaikan permintaan engkau melalui cara yang tidak pernah engkau fikirkan!”

Jadi benarlah, Tarbiyah itu bermula dengan percaya.

Aku jadi menangis. Teringat bait perkataan yang pernah aku catatkan di dalam diari setahun yang lalu.

Ketika kita didalam kesusahan, mengharapkan keadilan yang sebenar. Mengharapkan pembelaan untuk dibela. Dan ketika itu, bukan kah kita telah mengharap pada Al-Adlu~ yang Maha adil?

Ketika kita dizalimi, mengharapkan pembalasan yang setimpal akan diberi, Maka pada ketika itu, bukankah kita mengharap pada yang Maha Membalas?

Ketika kita melihat pantai, ketika merasa ketenangan melihat keindahan matahari terbenam. Maka pada ketika itu, tanyakan pada diri. “Apakah pasir itu memberi kita ketenangan? Apa air laut itu sumber ketenangan? Apa matahari itu punca ketenangan?”

Tidak~ Bahkan tidak.

Tenang itu disini. Di hati. Bukankah As Salam itu sifatNya Tuhan? Dan ketika itu kita telah mengharapkan Tuhan.

Aku jadi tersentak. Ibarat renjatan Elektrik mengalir ke jantung~

Manusia itu sentiasa lemah~ Sentiasa lemah. Fitrah itu yang harus kita sedari. Bukan mudah untuk membina hati. Dan bahkan lebih sukar menjaganya.

"Cinta tidak akan hadir sebelum Percaya."

Kata-kata itu kembali menerjah fikiran. Sungguh, bukan senang untuk memujuk hati.

Aku jadi termenung lama memikirkan ayat pendek itu. Betapa benar kata-kata yang diungkapkan ini. Betapa benar kata-kata ini. Cinta takkan hadir sebelum percaya. Sebagaimana cinta Allah takkan hadir sebelum percaya pada-Nya. Sebagaimana cinta kepada Rasulullah takkan hadir sebelum benar-benar mengimani kebenarannya. Sebagaimana cinta antara suami-isteri juga takkan hadir tanpa percaya mendahului rasa cinta. Betapa benar!
Namun di balik semua kata-kata indah itu ada suatu perkara yang membuat hati saya gulana. Berdebar hati saya memikirkan betapa cinta dan percaya
takkan pernah mungkir kepada sesamanya.

Cinta dan percaya seorang hamba kepada TuhanNya bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa. Malah ia adalah fitrah semulajadi seorang manusia.
Ingatlah, Tarbiyah bermula dari percaya.

Semoga tulisan pendek ini memberi sedikit manfaat untuk diri yang sering lupa. Diri yang sering lemah menghadapi ujian kehidupan. Harapan itu sentiasa ada. Jangan pernah buta melihat harapan. Jangan pernah tuli menafikan bisikan~ kerana terlalu benar, Allah bersama kita.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat..2:186

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. 50:16

Tuhan, Hati kami dalam gengaman Mu~ Maka Peliharalah~
Peliharalah~
Peliharalah~
Ku Mohon Pada Mu~


iman_danish

Tuesday, April 12, 2011

Doa ku untukmu

Aku berlindung dengan Allah
daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah
yang maha pemurah
lagi maha penyayang
segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam..

Selawat dan sejahtera ke atas 
penghulu kami Muhammad SAW
dan seluruh keluarga baginda

Wahai Tuhan kami
Ampunilah dosa kedua ibubapa kami
Kasihanilah mereka seperti mana
mereka mengasihi dan mendidik kami semasa kecil

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
yang telah mencipta kasih sayang di hati ayah dan ibu kami
yang telah mengizinkan ayah dan ibu mencurah kasih sayang kepada kami
maka kini 
curahkanlah kasih sayangMu ya Allah kepada ayah dan ibu kami
agar sentiasa mereka dalam penjagaan dan perlindungan-Mu 
dan apabila mereka telah mendahului kami ya Allah
Tak dapat kami melakukan apapun kerana harta, pangkat, jawatan kami tak lagi berguna

Maka jadikan kami anak-anak yang mampu
mendoakan ayah dan ibu dengan ikhlas dan penuh tawadhu
dan jadikan anak-anak kami ya Allah menjadi anak-anak yang kau banggakan
kerana ketaatan mereka pada-Mu ya Allah
jangan jadikan anak-anak kami anak yang ingkar dan jauh dariMu
kerana aku tidak mampu menjaga mereka kecuali Engkau ya Allah
yang berkuasa di atas segala hanya dengan izin-Mu ya Allah
maka jadikanlah anak-anak kami ya Allah amanah 
yang dapat kami pertanggungjawabkan dengan  baik
ketika kami kembali mengadap-Mu ya Allah

Wahai Tuhan kami,
janganlah engkau pesongkan hati kami
setelah engkau beri petunjuk kepada kami
dan kurniakanlah kepada kami
limpahan rahmat-Mu
sesungguhnya Engkau jualah
Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya

Wahai Tuhan kami
anugerahkanlah kepada kami
Isteri/ Suami dan zuriat kami
sebagai penenang jiwa kami

jadikanlah kami Imam ikutan
bagi orang-orang yang bertakwa

Wahai Tuhan kami
anugerahkanlah kami
kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat

Selawat dan sejahtera ke atas
Penghulu kami Nabi Muhammad SAW
dan seluruh keluarga baginda

Segala puji bagi Allah
Tuhan semesta alam..