Sunday, December 1, 2013

pencetus ummah ~ Ahmad Ammar

Ahmad Ammar..sebuah nama yang hanya dikenali setelah pemergiannya..
Istimewanya insan ini apabila jenazahnya dikebumikan bersama-sama para sahabat nabi, ulama dan pembesar turki...
begitu dia disanjung dibumi asing...siapa dia? mengapa dia disanjung sebegitu? bila dibaca kisah hidupnya...dia disanjung dan disayang hanya kerna akhlak dan peribadinya...begitu cantik akhlak anak muda ini...tapi kuasa Allah dia dipinjamkan seketika sahaja kepada ibubapanya tapi kehadirannya yang seketika cuma itu jualah telah menyedarkan dan menghidupkan jiwa-jiwa yang tidur..termasuklah aku...
aku cemburu sebenarnya kepada ibubapanya...bagaimana agaknya dia dididik? sungguh aku baru tersedar bahawa anak-anakku adalah amanah Allah yang dipinjamkan kepadaku dan bila-bila masa akan diambilNya semula...bagaimana aku mempersiapkan anak-anakku?
Tapi Alhamdulillah...dengan kehadiran seorang insan bernama Ahmad Ammar walaupun telah kembali kepadaNya telah membuka mata hatiku...aku mau menjadikan anak-anakku sepertinya...insan mulia, baik akhlaknya, pintar orangnya dan disayangi semasa hidup dan perginya...
aku mampu buat jika aku bersungguh..Insha Allah...doaku untuk anak-anak tidak akan putus...perjalanan mereka masih jauh semoga mereka menjadi generasi Ahmad Ammar dialah pencetus ummah...semoga rohnya dicucuri rahmat Al-FAtihah~

No comments:

Post a Comment